Saidina Abu Bakar Ibn Abi Maryam r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ;

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR DAN DIRHAM".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Ujian Emas

Cara Menguji Emas

Berikut adalah ujian-ujian yang boleh dilakukan ke atas barangan emas bagi menentukan ketulenannya :
 1) Ujian Asid
Batu Menguji EmasAsid Menguji Emas
Apabila Asid Hidroklorik dan Asid Nitrik berserta dengan batu hitam digunakan ianya akan meninggalkan kesan yang berlainan kepada setiap kategori emas yang digesekkan di atas batu berkenaan. 



2) Ujian Kelembutan
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lembut dan boleh dibengkokkan jika di bandingkan dengan emas yang lain. 
 3) Ujian Warna
Emas yang tinggi mutunya adalah lebih lebih kuning. Untuk mendapatkan perhiasan yang kuat dan warna yang diinginkan, emas murni harus dicampur dengan logam lain. Logam-logam yang biasa digunakan untuk campuran perhiasan emas adalah Tembaga, Perak, Timah Putih, dan Nikel. Disamping menimbulkan kekuatan emas yang berbeza-beza maka campuran logam juga untuk mendapatkan warna yang diinginkan, sehingga dikenal beberapa macam warna perhiasan yang dibuat emas iaitu :
  • Emas Merah - Emas murni dicampur Tembaga. 
  • Emas Kuning - Emas murni dicampur Perak.  
  • Emas Putih - Emas dicampur dengan Timah dan Nikel. 


 4) Ujian Magnet
Magnet Menguji EmasEmas Tulen tidak akan
ada tarikan kuasa magnet. 




5) Gold Tester

Alat Ukuran in akan memberi jenis emas dalam unit Karat.
6) Alat Penimbang




Alat penimbang berfungsi untuk mengetahui berat emas tersebut, dengan penimbang elektronik akan lebih mudah kerana emas akan diletakan diatas penimbang dan hasilnya dapat dilihat pada skrin , skrin akan menunjukkan  berat emas yang sebenar.
 
6) Jarum Penguji Emas


Digunakan untuk mencucuk hasil pengujian kadar emas dengan air uji jika ada terdapat keraguan. Alat ini tidak mutlak digunakan fungsinya hanyalah sebagai pembanding saja.


  Ujian atau kaedah yang dinyatakan di atas dijalankan bertujuan untuk mengelak dari berlakunya sebarang penipuan.