Saidina Abu Bakar Ibn Abi Maryam r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ;

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR DAN DIRHAM".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Thursday 13 October 2011

Harga emas dan perayaan ..

Menurut daripada beberapa sumber harga emas akan meningkat berikutan perayaan Deepavali, hal ini kerana masyarakat india mengganggap emas merupakan pembawa tuah kepada si pemiliknya.Oleh kerana perayaan Deepavali semakin hampir ramai para pelabur tidak melepaskan peluang untuk membeli emas. Ini kerana Negara India merupakan pengguna emas terbanyak . Para pelabur dan pengusaha emas tidak perlu risau dengan harga emas yang tidak menentu sejak kebelakangan ini.Di jangka harga emas akan meningkat dengan lebih tinggi pada tahun hadapan berikutan peminat dan pemilik emas semakin ramai. Pelabur-pelabur emas mula bergiat aktif membeli dan melabur pada masa sekarang.  Fakta terbaru di India Sebanyak 466 Pejabat Pos Di seluruh India menjual syiling emas 24 karat . Penduduk di India membeli dalam jumlah syiling yang kecil dalam persediaan memberikan hadiah semasa musim perayaan. Ianya telah melonjakkan lagi permintaan emas. Syiling-syiling emas tersebut di buat oleh Valcambi di Switzerland. Dengan penjualan syiling-syiling emas pendapatan dan perkhidmatan Pejabat Pos telah meningkat. Generasi muda adalah peminat syiling-syiling emas yang paling tinggi.