Saidina Abu Bakar Ibn Abi Maryam r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ;

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR DAN DIRHAM".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Saturday 10 September 2011

Kegagalan wang Kertas.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku di dalam sejarah ialah:
 
1.  Kerajaan Perancis –tahun 1715
2.  Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3.  Hungary 1945-1946
4.  Chile 1971-1981
5.  Peru 1988-1991
6.  Angola 1991 – 1999
7.  Yugoslavia 1992-1995
8.  Belarus 1994-2002
9.  Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000 sehingga sekarang.




Ini merupakan bukti-bukti kegagalan wang kertas di seluruh dunia. Di malaysia juga pernah menghadapi kegagalan wang kertas seperti contoh :

Pada Zaman Jepun.Kegagalan Wang kertas terjadi dalam tahun 1942-1945.Selepas kejatuhan Singapura pada 15 Februari 1942 pihak Jepun telah merekacipta nota bank yang baru bagi menggantikan wang British Malayan Dollar. Kesemua nota ini ditukar didalam nisbah 1:1 dengan nota wang Jepun.Penggunaan wang Jepun ini dikuatkuasakan .Sesiapa yang tidak mematuhi arahan menggunakan wang Jepun akan dikenakan hukuman yang berat.Pada tahun 1942 Jepun mengeluarkan wang kertas 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen, 1 dollar, 5 dollar dan 10 dollar.

CONTOH DUIT JEPUN

 Duit satu cent jepun


Duit lima cent jepun

Duit 10 cent jepun
Contoh di atas ialah duit 10 dollar pokok pisang. Duit ini dicetak terlalu banyak sehingga menyebabkan hyperinflasi.
Duit 100 dolar jepun
 Duit 1000 dolar jepun.
Duit-duit jepun ini telah dicetak secara berleluasa. Bagi jepun, duit yang mereka cetak dapat membeli apa-apa sahaja barangan atau keperluan yang mereka mahukan di tanah melayu. Jadi mereka terus mencetak dan mencetak wang kertas sehingga berlaku inflasi di Tanah Melayu ketika itu. Mereka tidak memikirkan rakyat tanah melayu yang akan menanggung akibat dari perbuatan mencetak wang secara berleluasa.
Akibatnya:

  • wang Jepun tidak laku. 
  • Harga makanan dan lain-lain meningkat dengan banyak. 
  • Rakyat Tanah Melayu berada di dalam kesusahan
  • Rakyat Tanah Melayu yang makan ubi kayu sahaja.


Setelah beberapa tahun memerintah Tanah Melayu iaitu  pada waktu akhir peperangan kapal terbang British telah menabur wang kertas propaganda Jepun.

Dengan kata-kata berikut :

"WANG JEPUN AKAN MATI BERSAMA2 JEPUN"




Wang propaganda ini bertujuan untuk memberitahu orang di Tanah Melayu, wang jepun tidak akan bernilai lagi apabila Jepun kalah dalam peperangan. Sejarah membuktikan apabila Jepun menyerah kalah dan meninggalkan Tanah Melayu, wang mereka menjadi tidak bernilai.Ia hanyalah kertas yang tidak mempunyai nilai.




No comments:

Post a Comment