Saidina Abu Bakar Ibn Abi Maryam r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ;

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR DAN DIRHAM".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Artikel Emas



 Sumber : Berita Harian



ARKIB UTUSAN ONLINE: 13/08/2011

Fahami pelbagai kos jual beli emas

SEJAK kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas (gold bar). Saya berasa musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?
LAILI RAHMAn
Taman Desa
EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.
Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.
Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.
Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.
Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.
Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.
Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).
Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.


Sumber : Utusan Online





Emas lepasi paras AS$1,600 seauns

Oleh Mahanum Abdul Aziz
mahanum@bharian.com.my
2011/07/19

pix_gal0
Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).
Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat.
Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

Sumber: http://www.bharian.com.my/articles/EmaslepasiparasAS_1_600seauns/Article/

 

 

Pelaburan emas Linda Rafar









SELEBRITI Linda Rafar menyifatkan menyimpan emas merupakan pelaburan yang bijak dan menguntungkan.



PELAKON dan kini ahli perniagaan, Azlinda Rafar, 33, pada mulanya tidak faham mengapa sesetengah orang menyimpan emas sebagai pelaburan masa hadapan. Baginya, pelaburan yang menguntungkan adalah dengan membeli rumah dan menjalankan perniagaan yang dapat memberikan pulangan wang yang banyak.
Bagaimanapun keadaan itu berubah apabila dia mula diperkenalkan dengan pelaburan emas melalui abang iparnya yang merupakan pembekal emas. Melalui syarikat Serambi Emas, dia yang mudah dikenali dengan panggilan Linda akhirnya terjebak dengan perniagaan berasaskan emas dan mengakui ia merupakan pelaburan yang menguntungkan.
“Daripada seorang yang tidak faham mengenai emas, kini saya dan seluruh ahli keluarga terbabit dengan perniagaan dan pelaburan emas secara aktif.
“Sekiranya saya mendapat pendedahan lebih awal mengenai emas, mungkin saya telah menceburi bidang ini lebih awal,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Shah Alam baru-baru ini.
Harga sentiasa naik
Menurut Linda, dia memilih emas kerana selain mudah untuk disimpan, dia tidak perlu bimbang dengan kejatuhan harganya. Harga emas sentiasa naik dari tahun ke tahun dan boleh digadaikan pada bila-bila masa sahaja.
“Walaupun harga emas kadangkala turun naik, tetapi jika dilihat dengan lebih teliti, harganya tetap akan naik dari tahun ke tahun. Pemilik emas pula boleh menjual emas mereka pada bila-bila masa sahaja sekiranya memerlukan wang dengan segera.
“Ia ibarat simpanan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Setiap tahun ada keuntungan dan pemiliknya tidak akan menanggung kerugian selagi melabur. Tetapi emas lebih mudah diuruskan,” katanya.
Menceritakan perkembangan perniagaan emasnya, Linda memberitahu, selain ahli keluarga, di bawah agensinya dia mempunyai lebih 30 orang ejen yang bergerak secara aktif.
“Perniagaan emas adalah fokus Linda dan keluarga Linda ketika ini. Bagaimanapun, perniagaan spa dan produk penjagaan kulit kami masih berjalan seperti biasa,” katanya.
Linda memberitahu, melalui Serambi Emas, orang ramai boleh membeli sama ada kepingan emas seberat 100 gram, 500 gram dan sekilogram yang berharga RM160 satu gram (mengikut harga semasa).
“Kepingan-kepingan emas ini dibeli di Indonesia dan Switzerland dan dihasilkan oleh pengeluar yang memiliki reputasi dalam penghasilan jongkong emas 999.9.
“Saiz yang disediakan adalah bagi memenuhi kemampuan pelanggan dan dijual melalui sistem ar-Rahnu,” katanya.
Mengulas lanjut, pelanggan hanya perlu membayar sebanyak 35 peratus daripada nilai emas dan bakinya akan dibiaya oleh ar-Rahnu.
“Pelanggan hanya perlu membayar secara ansuran kepada ar-Rahnu sehingga selesai dan selepas itu ia akan menjadi hak milik mutlak pelanggan,” katanya.
Setiap pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baharu akan mendapat RM500 pada setiap pembelian.
“Sehubungan itu, mereka yang terlibat dengan perniagaan dan pelaburan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan atau membayar upah simpan dan bayaran ansuran emas di ar-Rahnu sehingga pembayaran mereka selesai,” katanya.
Aura penyeri
Dalam pada itu, Linda mengakui kehidupannya berubah sejak terbabit dengan Serambi Emas. Selain sibuk mempromosikan emas di Facebook dan kepada rakan-rakan artis, dia juga mula memakai emas sebagai perhiasan selepas mengetahui kebaikannya.
“Emas mempunyai aura semula jadi sebagai penyeri wanita. Tetapi saya tidak memakai emas dengan banyak, cukuplah sebagai perhiasan secara ringkas.
“Selain menjual kepingan emas, saya sendiri menyimpan beberapa kepingan emas yang akan saya gunakan untuk promosi kepada rakan-rakan saya di mana-mana sahaja,” katanya.
Serambi Emas juga akan mengeluarkan emas seberat 50 gram pada masa akan datang untuk memenuhi permintaan pelanggan.
SUMBER kosmo






APA KATA TUN M?

 KUALA LUMPUR, 15 Dis BERNAMA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.


Bekas perdana menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran matawang dunia yang sentiasa berubah ubah.

Menurut beliau,ada kalanya nilai matawang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara. "Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu, tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga diseluruh dunia".


"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi".


Berita dari BERNAMA








Emas pengukur pergerakan matawang
  
LONDON 8 Nov. – Ketua Bank Dunia, Robert Zoellick menggesa pemimpin-pemimpin ekonomi dunia mempertimbangkan penggunaan semula emas dalam sistem monetari sebagai pengukur dalam pergerakan mata wang.
Beliau membuat cadangan itu kerana bimbang berlaku ‘peperangan mata wang’ dalam suratnya yang diterbitkan dalam Financial Times.

Zoellick berkata, sistem itu perlu terlibat dalam dolar, euro, yen, pound dan renminbi yang kini diperdagangkan di peringkat antarabangsa.
”Sistem ini juga boleh mempertimbangkan penggunaan emas sebagai rujukan antarabangsa bagi jangkaan pasaran berkaitan inflasi, deflasi dan nilai mata wang hadapan,” tambahnya.
Amerika Syarikat (AS) kini semakin konsisten mengkritik China kerana menurunkan nilai renminbi dengan tujuan untuk mengambil faedah dalam pasaran eksport.
Ekoran kritikan itu, China membalas balik dengan mencetak AS$600 bilion (RM1.8 trilion) duit baru sambil mendakwa untuk memberi AS kelebihan persaingan.

”Sekiranya polisi domestik adalah polisi optimum bagi AS, tetapi pada masa sama ia bukan polisi optimum bagi dunia, ia mungkin membawa banyak kesan negatif kepada dunia,” menurut Ketua Bank Negara China, Zhou Xiaochuan.
China melahirkan kebimbangan polisi monetari Rizab Persekutuan AS akan mengurangkan nilai dolar, menyebabkan eksport negara itu merosot.
Berikutan itu, China menggesa pemantauan terhadap pergerakan dolar AS semasa mesyuarat G20 di Seoul pada minggu ini.

Standard emas dipinggirkan oleh bekas Presiden AS, Richard Nixon pada 1971 kerana nilai dolar jatuh menjunam berbanding emas.
Emas dipercayai boleh membantu menangani inflasi tetapi ia tidak dibenarkan bagi polisi monetari fleksibel, yang mana kebanyakan pakar ekonomi mendakwa ia perlu dalam menangani kejutan ekonomi. – AFP

Sumber:Utusan Online







Emas aka Currency???
 
sultansyarifali
September 16, 2010 at 4:21 pm 
dalam forum ni ramai yang masih belum faham apa dia duit aka currency.
untuk sekali imbas sahja mari kita renungkan definisi dan fungsi sebenar duit dan kita kaitkan dengan fiat money yang wujud sekarang. serta kita ungkit kembali sejarah dinar serta kaitan fiat money dengan riba yang kuat.
Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain dan di gunakan secara tetap.
fungsi-fungsi wang:
1)sebagai medium pertukaran
2)alat mengukur nilai
3)alat menyimpan nilai
4)alat bayaran tertunda
wang fiat yang kita ada sekarang ini telah gagal menjalankan fungsi 2,3,4 yakni mengukur nilai,menyimpan nilai, alat bayaran tertunda.
wang fiat gagal.inflasi yang berlaku bukan lah di sebabkan permintaan dan penawaran tetapi di sebabkan kegagalan wang fiat menjalankan fungsi-fungsinya. dari segi syara ini adalah haram di sisi islam kerana telah menghilangkan hasil yang diperolehi oleh individu. sebagai contoh mudah si folan bekerja di ladang dan mendapat upah rm1000 sebulan dia menyimpan duitnya selama beberapa bulan sebanyak rm1000 dengan harapan dapat membeli seekor lembu untuk hantaran khawin beliau tahun hadapan kerana harga lembu skg berharga rm1000. akan tetapi setelah tiba waktu hendak meminang pemuda tersebut gagal membeli sekor lembu kerana harga lembu telah meningkat rm1500. oleh kerana itu si folan hanya mampu membeli kambing yang berharga rm800 sayang keluarga wanita telah menolak pinangan si folan kerana gagal memberi apa yang telah di janjikan. setelah penat lelah bekerja selama beberapa bulan mengumpul duit si folan gagal. hasil keringat titik peluh beliau telah hilang akibat kegagalan matawang fiat mengekalkan fungsi wang sebagai medium penyimpan nilai dan alat bayaran tertunda.
cuba kita renungkan kemanakah nilai duit ini pergi seperti angin? jawapan jelas nilai duit itu telah berpindah secara tidak langsung kepada pihak2 yang mengurus matawang fiat dunia a.k.a zionis. mereka mendapat cukai secara tidak langsung hasil dari titik peluh orang miskin tanpa perlu bekerja keras.
mengikut wikpedia Wang fiat adalah wang yang nilainya ditentukan oleh undang-undang dan bukan adanya barangan dan perkhidmatan. Wang fiat, contohnya wang kertas, merupakan simbol komoditi atau janji kerajaan [5]. Walaupun dipanggil dan dianggap wang, wang kertas bukanlah wang yang sebenar. Nota wang kertas adalah berasaskan janji untuk membayar wang sekiranya dituntut.
Wang fiat menyelesaikan beberapa masalah wang komoditi. Wang kertas lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding ketulan emas dan perak. Buku cek dan urus niaga elektronik memudahkan lagi pertukaran.
Namun kegagalan besar wang kertas (dan syiling) adalah sebagai nilai simpanan. Dolar Amerika Syarikat (atau Nota Simpanan Persekutuan) telah kehilangan 95% daripada nilainya sejak 1913. Wang kertas sering kehilangan nilainya melalui inflasi, kerana wang kertas sentiasa diisukan atau dikeluarkan. Wang kertas turut mempunyai kekusutan apabila pengeluar wang kertas tidak boleh membuat pertukaran dengan janji untuk membayar dengan emas atau perak. Kekusutan pertama Nota Simpanan Persekutuan adalah pada 1933 apabila rakyat Amerika tidak boleh lagi menebus atau menukar dolar kepada emas pada $20 per auns. Kegagalan kedua pula pada adalah pada 1971 apabila orang luar yang ke Amerika tidak boleh menebus nota untuk emas pada kadar $35 per auns. Pada 2006, nilai dolar telah merudum kepada lebih kurang $700 per auns.
Wang fiat, terutamanya dalam bentuk kertas dan syiling, mudah rosak atau hilang. Namun kelebihannya terhadap wang komoditi ialah undang-undang yang mencipta wang fiat juga menyatakan bahawa wang yang rosak atau binasa boleh diganti semula. Sebagai contoh, kerajaan AS akan menggantikan wang kertas yang cacat atau rosak sekiranya sekurang-kurangnya separuh wang itu dapat disusun semula [8]. Disebabkan wang kertas amat mudah rosak, sesetengah kerajan seperti Malaysia, New Zealand dan Singapura mula menggunakan wang plastik.
Satu lagi kelemahan wang kertas adalah ia bergantung kepada sistem undang-undang (kerajaan) yang mengeluarkannya. Sekiranya kerajaan tersebut jatuh, mata wang yang bergantung padanya akan turut serta.
dengan keadaam economy usa sekarang yang menanggung hutang yang besar wang fiat tidak akan bertahan selama seratus tahun lagi kerana negara-negara rakan dagangan akan hilang kepercayaan untuk membeli bon terbitan federel reserve usa, dimana negara-negara itu kini telah meningkatkan pegangan ke atas emas tanda-tanda itu jelas apabila negara seperti china dan teluk arab telah meningkatkan rizab emas mereka sebagai insurans jika perlaku keruntuhan ekonomi dunia.
di bawah cedok dr http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=173
Menyelusuri sejarah, dinar emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dolar hanya pada awal tahun 1970-an.Dinar berasal dari perkataan bahasa Latin Denarius iaitu matawang yang digunakan oleh Kerajaan Rom yang diperbuat dari logam perak. Ianya digunakan pada tahun 211 sebelum masihi di mana 1 denarius perak beratnya kira – kira 4.5 gram.Dari perkataan Denarius ini, wujudlah pelbagai matawang yang lain seperti Denier (mata wang perak Perancis), Denaro (mata wang perak Itali), Dinar (mata wang emas Islam), Dinero (mata wang perak Sepanyol) dan Dinheiro (mata wang perak Portugis).Pada penghujung zaman Republik Roman, mata wang Denarius dari logam emas mula digunakan dengan dikenali sebagai Denarius Aureus yang bermaksud Denarius Emas. Semenjak dari itu, perkembangan mata wang emas telah berubah mengikut peredaran zaman di mana semasa pemerintahan Constantine The Great (306