Saidina Abu Bakar Ibn Abi Maryam r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ;

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR DAN DIRHAM".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Kajian Kes

Kegagalan Wang Kertas Di Zimbabwe di bawah pimpinan Mugabe

Dari tahun 2000 hingga Sekarang

Pada kali ini saya akan membincangkan satu isu berkaitan dengan matawang yang telah mengalami hyperinflasi yang tinggi iaitu Zimbabwe.


Secara rasminya dikenali Republik Zimbabwe (dahulunya Southern Rhodesia, Republic Rhodesia, dan Zimbabwe Rhodesia) terletak di tanah tinggi antara Sungai Zambezi dan Limpopo, Zimbabwe dan di kelilingi negara Zambia, Mozambique, Afrika Selatan dan Botswana. Di Zimbabwe terdapat  tiga bahasa utama bahasa Inggeris, bahasa Shona dan bahasa Ndebele. Dengan keluasan lebih 390,245 km persegi, negara ini terletak pada ketinggian 300 meter di atas paras laut, sekali gus menjadikan ia sebuah negara yang mengalami cuaca tidak seterik negara Afrika lain.
 
Zimbabwe bermula sebagai jajahan British yang dikenali sebagai Rhodesia. Negara ini telah bergolak sejak Pengisytiharan Kemerdekaan Sebelah Pihak atau UDI pada 11 November 1965 sehinggalah ke hari ini. Walaupun pada tahun 80an, kerajaan kulit hitam di bawah pimpinan Robert Mugabe telah diberi kredit kerana berjaya memperbaiki standard kehidupan dan ekonomi negara, pentadbirannya sekarang ini dibelenggu dengan ekonomi yang tak terurus, hiperinflasi dan penyalahgunaan kuasa serta pelanggaran hak asasi manusia. Pada 2008, Zimbabwe mempunyai kadar inflasi tertinggi di dunia yang mencapai 2.2 juta peratus. 

Hyperinflasi yang begitu tinggi adalah di sebabkan oleh penyalahgunaan kuasa apabila tindakan presiden Mugabe mencetak wang yang terlalu banyak dan tidak seiring dengan barangan yang hendak di jual dan perkhidmatan. Hal ini telah menyebabkan berlakunya Hyperinflasi di Zimbabwe.

Kesan daripada hyperinflasi itu kerajaan Zimbabwe terpaksa mencetak wang kertas dengan nilai yang lebih tinggi seperti Wang Kertas 100 trilion Dollars ini.

Cuba anda bayangkan duit dengan nilai nombor sebegini di malaysia mesti ramai yang sudah jadi trilionaire. tetapi duit di Zimbabwe tidak menjamin pembelian pengguna.
Sebagai contoh di Zimbabwe untuk membeli 3 biji telur perlu membelanjakan 100 bilion dollars, Jadi cuba renungkan nasib kita di malaysia kita hanya perlu membawa beberapa sen untuk 3 biji telur. 
Duit Zimbabwe yang tidak mempunyai nilai, telah dijadikan sebagai wallpaper oleh warga Zimbabwe . 



Adakah anda mahu duit ini menjadi nilai RM1 dan hanya boleh membeli 3 biji telur??? Elakkan inflasi dengan menyimpan emas...


Gaji pekerja, di Zimbabwe terpaksa ditimbang dengan menggunakan ukuran kilo.Mereka terpaksa Memikul beberapa kilo duit untuk membeli belah di pasar.
Pekerja yang baru menerima gaji mereka


  Tengok duit di tangan dah macam 20 ribu duit malaysia.


Untuk membeli seekor ayam.. lihatlah berapa keping duit zimbabwean  yang dia bawa?? 


Pengemis-pengemis di Zimbabwe yang bergelar jutawan. Pemurahnya orang Zimbabwe menderma kepada pengemis.



Malah untuk membeli sebungkus gula-gula di Zimbabwe pun perlu membelanjakan 10 milion. Jadi ramailah warga zimbabwe sudah bergelar jutawan.. Pikir-pikirkanlah kalau perkara ini terjadi di malaysia. Sebagai langkah permulaan simpanlah emas untuk mengelakkan inflasi, kerana emas tidak pernah mengalami inflasi.