Saidina Abu Bakar Ibn Abi Maryam r.a. melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ;

"AKAN TIBA SATU ZAMAN DIMANA TIADA APA YANG BERNILAI DAN BOLEH DIGUNAKAN OLEH UMAT MANUSIA KECUALI DINAR DAN DIRHAM".

Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Saturday 10 September 2011

Zaman Rasulullah SAW

Pada 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar. Perkara ini diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.
Diceritakan oleh Ahmad dalam musnadnya,daripada 'Urwah yang membawa maksud:

"(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w melihat sekumpulan binatang yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: Wahai Urwah,pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing."Akupun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar.

Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku.Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w  dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata; Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu."

Rasulullah bertanya: bagaimana kamu melakukannya? Akupun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu baginda berkata : "Ya Allah, berkatilah perniagaannya."

  Cerita ini di petik dari hadis yang sahih.

Dalam cerita ini membawa maksud kuasa membeli dengan menggunakan dinar emas masih sama pada masa sekarang  contohnya sekarang kita masih boleh membeli seekor kambing dengan harga satu dinar , ada peniaga di Malaysia yang menerima dinar untuk ditukarkan kepada seekor kambing baka farel. Berbanding dengan wang kertas yang semakin hari semakin menurun seperti contoh dalam era 70 an kita dapat membeli nasi lemak dengan harga hanya beberapa sen tetapi sekarang harga nasi lemak boleh mencecah RM2.00.

Jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal.
























No comments:

Post a Comment